2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (SLOT)
(30 minit)      

Nama kelas                  : Prasekolah Sk. Rancangan Klias                              
Masa                            : 9.00 – 9.30 pagi ( 30 minit )
Hari                              : Khamis
Tarikh                          : 10  nov 2011
Umur                            : 5 dan 6 Tahun
Bilangan Murid           : 25 Orang                                                                  
Matapelajaran             : Sains dan Teknologi
Topik                            : Minuman dan makanan
Fokus                           :           ST 2.0 KEMAHIRAN SAINTIFIK
SK                                :           ST.2.3 Membanding dan Mengelaskan objek.
SP                                 :           ST 2.3.5 mengasingkan  makanan mengikut rasa
                                                ST 2.3.6 Mengumpul objek-objek bau .

Objektif  :
Pada akhir pelajaran murid akan dapat:
      1.            Mengenal rasa yang betul.
      2.            Murid boleh mengelaskan makanan mengikut rasa..
      3.            Mengenal bau yang dihidu.

Kemahiran Berfikir (KB) :
Menjana idea, membandingbeza.

Pengetahuan Sedia Ada :
Murid pernah merasai pelbagai jenis makanan.

Bahan Bantu Mengajar :
  1. Komputer
  2. Kotak misteri, gula-gula,limau kasturi, asam boi, ubat,komputer, lcd, skrin,cermin kecil,epal hijau,kicap, kopi. Kad perkataan,ikan  masin, belacan, sabun, asam keping, pemain dvd

Kesepaduan :
Bahasa, komunikasi, dan perkembangan kognitif.


BIL
LANGKAH
MASA
PERKARA
BAHAN

01

SET INDUKSI

5 minit

-          Murid diagihkan kepada 3 kumpulan.
-          Guru membawa sebuah 3 kotak misteri memberikan kepada setiap kumpulan
-          Guru mengarahkan murid untuk meneka apakah yang terdapat di dalam kotak itu. Dan memberikan murid peluang untuk meneka.
-          Kemudian murid diarahkan untuk membuka kota tersebut dan mengeluarkan dan menyusun bahan tersebut di atas meja.
-          Sesi soal jawab dijalankan.


1.Kotak misteri
2. gula-gula
3. limau kasturi
4..asam boi.


02

LANGKAH
         1

6 Minit

-          Paparan lcd ditayangkan.
-          Murid-murid membaca perkataan yang terpapar pada skrin dengan bimbingan.
-          Kemudian sesi soal jawab mengenai perkataan yang telah dibaca.
-          Berkenalan dengan deria rasa dan bau pada manusia. Guru memperlihatkan paparan mengenai deria lidah dan hidung.
-          Guru menerangkan mengenai fungsi pada setiap deria dengan lebih terperinci.
-          Murid diagihkan cermin dan guru mengarahkan melihat lidah dan hidung masing-masing.
-          Sesi soal jawab guru dan murid.
-          Murid mewarnakan edaran kerja yang diberikan.



-          Komputer.
-          Lcd, skrin
-          cermin kecil.













03

LANGKAH
         2

7 MINIT

-          Guru menyediakan 3 stesen dan mempunyai bahan yang sama. ( kad perkataan  masam, masin, pahit, manis)
-          Setiap kumpulan akan pergi ke stesen masing-masing.
-          guru menyoal murid mengenai bahan yang terdapat pada stesen masing-masing .
-          Guru menerangkan langkah-langkah dan keselamatan semasa melakukan aktivti.
-          Guru menngarahkan murid untuk merasa bahan tersebut dan memberikan jawapan.
-          Guru mengarahkan murid untuk mengelaskan makanan  tersebut pada kad perkataan yang disediakan .

-          Pinggan
-          Epal hijau
-          Asam boi
-          Kopi.
-          Kad perkataan
-          gula

04

LANGKAH
        3

7 MINIT

-          Guru menyediakan 3 stesen dan mempunyai bahan yang sama.
-          Setiap kumpulan akan pergi ke stesen masing-masing
-          guru menerangkan aktivti yang akan dijalankan dan menegaskan bahawa aktivti pada kali ini adalah merupakan pertandingan antara kumpulan.
-          Sesi soal jawab guru dan murid mengenai bahan.
-          Murid memulakan aktiviti yang telah diterangkan.
-          Murid akan mengumpul bahan yang mempunyai bau yang sama pada kad perkataan yang tekah disediakan.
-          Guru  mengadili pertandingan ini dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada  kumpulan yang telah Berjaya.







-          Ikan masin
-          Belacan
-          Sabun
-          Asam keping
-          Limau kasturi


05

PENUTUP

5 MINIT

-          Guru memaparkan beberapa gambar dan perkataan pada layar skrin.
-          Sesi soal jawab mengenai paparan yang telah dilihat.
-          Guru memainkan lagu dan menyanyikan perpandukan seni kata yang dipaparkan.
-          Murid menyanyikan bersama-sama guru dan membuat tarian mengikut kreativti murid masing-masing melalui alunan irama muzik yang dimainkan.
-          Guru menyimpulkan sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.


-          Computer
-          Layar skrin
-          Pemain dvd